Sambutan luar biasa

- Advertisement -

KEMERIAHAN festival muzik kembali terasa selepas acara Good Vibes Weekender anjuran Future Sound Asia baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa.

Dua tahun direhatkan akibat pandemik Covid-19, festival berprestij itu yang sebelum ini dinamakan Good Vibes Festival nyata mengubat kerinduan puluhan ribu peminatnya.

Berlangsung dua hari iaitu pada 23 dan 24 September lalu di Surf Beach @ Sunway Lagoon, Petaling Jaya, ternyata penantian penggemar festival itu sangat berbaloi.

Barisan artis yang menghiburkan bukan calang-calang. Terutama artis luar negara yang diterbangkan ke sini, benar-benar berjaya menggamatkan suasana serta menarik ramai untuk tidak lepaskan peluang menghadirinya.

Pada hari pertama, bekas anggota 2NE1 dari Korea Selatan iaitu CL menjadi artis penutup yang ditunggu-tunggu. Ramai pasti tahu betapa besarnya pengaruh penyanyi terbabit yang kini sudah bergelar bintang global.

Tampil bertenaga dan berbisa, CL berjaya mengagumkan ramai dengan stamina hebatnya menyanyi sambil menari. Menyanyikan rangkaian lagu-lagu popularnya termasuk 5 Stars, Dr. Pepper, dan The Baddest Female, aksinya memang cukup mantap.

Juga paling dinanti semestinya bintang K-Pop, Jackson Wang yang menjadi artis penutup pada hari kedua. Sejak dari lapangan terbang, liputan mengenainya jadi ‘trending’ di media sosial.

 

CL hangatkan suasana dengan energi hebatnya.
CL hangatkan suasana dengan energi hebatnya.

 

Jackson sememangnya tidak perlu disangkal lagi seorang penghibur kelas A. Kelincahannya di pentas membuat penonton lebih bersemangat menyanyi bersama lagu-lagunya.

Diiringi penari serta koreografi yang amat menawan, penonton tidak henti menjerit ibarat histeria terhadap persembahannya. Antara lagu didendangkan termasuk 100 Ways, Go Ghost, dan Champagne Cool.

Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Pink Sweat$ juga semestinya antara yang cukup dinantikan. Tular dengan lagu berhantunya At My Worst, kelunakan suaranya berjaya memikat penonton pada malam hari kedua.

Lebih menarik, dia turut bergandingan dengan penyanyi tempatan Bunga mendendangkan lagu I Feel Good. Bunga tampil sebagai kejutan dan mempersembahkan buat pertama kali lagu kerjasama mereka itu.

Apapun, penampilan artis tempatan kita juga tidak kurang hebatnya. Bahkan penyanyi termasuk Joe Flizzow, SonaOne, Yonnyboii, dan Dolla turut cemerlang memberikan persembahan berkelas tinggi.

 

JOE Flizzow tampil persembahan bertaraf antarabangsa.
JOE Flizzow tampil persembahan bertaraf antarabangsa.

 

Joe dan SonaOne yang tampil berkongsi slot misalnya. Kedua penyanyi rap terbabit memang sentiasa pastikan persembahan mereka bertaraf antarabangsa. Meskipun bukan pertama kali, mereka tetap jadi tumpuan penting.

Bagi Yonnyboii yang beraksi buat julung kalinya di festival terbabit, persembahannya cukup rasa. Lagu-lagu dinyanyikan seperti Sakit bahkan disahut dengan nyanyian bersama daripada penonton.

Dolla yang kali pertama beraksi pun berikan persembahan cukup besar impaknya. Kelincahan mereka menyanyi dan menari membuatkan ramai terfikir kumpulan itu berasal dari Korea Selatan.

Edisi kali ini juga menyaksikan penampilan beberapa pendatang baharu seni suara tempatan. Ia termasuk liesl-mae yang kian melakar nama dalam pasaran lagu inggeris di sini.

 

JACKSON Wang cairkan ramai dengan kelincahannya.
JACKSON Wang cairkan ramai dengan kelincahannya.

 

Terdapat juga penampilan semula beberapa artis yang sebelum ini bukanlah asing serta pernah menjayakan Good Vibes Festival. Mereka termasuk kumpulan indie Midnight Fusic.

Bukan setakat dihiburkan dengan nyanyian secara langsung artis-artis hebat itu, beberapa DJ terkenal turut menghangatkan suasana.

Surf Mesa dan Snakehips misalnya masing-masing hadiahkan set lagu serta muzik yang bikin penonton tak henti berjoget. Mereka memanfaatkan sesi sejam diberikan kepada masing-masing dengan seleksi lagu tari terbaik untuk dimainkan.

Antara yang turut membuat persembahan adalah Alex Ungku, Claudia, NYK, Oh Wonder, The Peachskins, Late Night Frequency, Leaisme, Shallou dan Beabadoobee.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat