Taikun Hartanah Jatuh Bangunan, Saksi Utama Kes Terowong Pulau Pinang – Sumber SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang taikun hartanah terkenal dengan projek pembangunan utama di Pulau Pinang telah ditemukan mati selepas dikatakan terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawei, Georgetown, pagi tadi.

Beliau didakwa adalah saksi utama bagi satu kes berprofil tinggi di Pulau Pinang yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik BH, sumber SPRM ketika mengesahkan perkara itu berkata, individu terbabit adalah salah seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung kes berkenaan.

“Si mati adalah saksi pendakwaan bagi kes yang dikaitkan dengan seorang ahli politik,” katanya.

Akhbar itu dimaklumkan bahawa kes itu dipercayai berkait projek mega di Pulau Pinang, yang masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari unit kondominiumnya di George Town.

Ketua Polis Daerah George Town, Soffian Santong dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star sebagai mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan.

Projek ahli perniagaan itu pertama kali dibangkitkan semasa perbicaraan terowong bawah laut bekas ketua menteri Pulau Pinang ,Lim Guan Eng pada bulan Julai lalu.

Semasa perbicaraan, pihak pembelaan membantah usaha peguam pendakwaan yang menimbulkan projek tersebut, dengan alasan ia tidak relevan dengan pertuduhan terhadap Guan Eng.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat