Daftarkan Pemandu Bas Ekspres Untuk Bantuan – APAD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengingatkan 176 pengusaha bas ekspres supaya membuat pendaftaran pemandu sebelum 10 Oktober ini bagi membolehkan bantuan sekali beri bernilai RM500 disalurkan.

APAD dalam satu kenyataan di sini berkata, semua pengusaha bas ekspres itu perlu membuat pendaftaran pemandu masing-masing di portal http://bantuan.apad.gov.my bagi menerima bantuan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus)

“Kerjasama dan keprihatinan pihak syarikat amat dihargai. Kegagalan membuat pendaftaran bukan sahaja akan mengakibatkan proses saringan tidak dapat dibuat, malah menyukarkan proses penyaluran bantuan ke dalam akaun pemandu tepat pada masanya,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri bRM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata, pemberian bantuan itu membabitkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta menerusi PEMERKASA Plus.

Syarat utama penerima bantuan itu ialah individu atau pemandu bas ekspres adalah warga negara Malaysia dan berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres, serta mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang masih sah. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat