UUM Ditutup, Pelajar PALAPES Positif Covid-19

- Advertisement -

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) ditutup berkuat kuasa serta merta semenjak malam tadi susulan pelajarnya yang baru pulang mengikuti latihan PALAPES dikesan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Sabah dan telah tiba di kampus lebih awal.

Menurutnya lagi, selepas pihak UUM mengetahui jangkitan itu dikesan, pihaknya telah mengambil langkah perlu untuk mengawal penularan dengan melakukan penutupan di kampus utamanya serta merta dimana sebarang aktiviti keluar masuk kampus tidak dibenarkan sama sekali.

“Ia membabitkan mereka yang mengikuti latihan PALAPES dan kumpulan ini tidak besar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengambil maklum dan akan menentukan langkah seterusnya.

“UUM akan memberi kerjasama sepenuhnya dan semua prosedur SOP yang disyorkan oleh KKM, NADMA, dan termasuk langkah kuarantin wajib kepada mereka yang terbabit”, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, pelajar baharu tidak dibenarkan masuk ke kampus untuk pendaftaran, mereka dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran secara atas talian.

“Semua sesi pembelajaran akan dilaksanakan diatas talian, kita tidak benarkan mereka pulang ke kampus, dan kita akan maklumkan tarikh baharu kemasukan ke kampus kemudian,” tegas beliau.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat