Berjalan atas tasik beku

Pub, Pusat Hiburan Masih Dalam Senarai Larangan Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang didapati mengambil kesempatan menyalah guna lesen operasi sebagai kebenaran...

‘Instafamous’ Jual Minyak Wangi Palsu, Raih Untung RM10,000 Sebulan

KAJANG - Kaut keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan. Bagaimanapun, kegiatan seorang wanita yang juga 'Instafamous' itu...

Mujahid Persoal Cadangan Genjatan Politik, Dakwa Ada Niat Buruk

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengambil sikap berhati-hati dengan cadangan supaya ahli politik melakukan...

PKPB: Pekerja Swasta, Awam Di Kawasan PKPB Kerja Dari Rumah Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk bekerja dari rumah (Work From Home)...

Ahli Parlimen DAP Menyesal Kerjasama dan Percaya Mahathir

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohammad yang disifatkannya sebagai individu bertanggungjawab mencetuskan...

Terkenal sebagai negara dengan wilayah terluas di dunia, Russia ternyata memiliki tasik yang terbesar dan terdalam di dunia dikenali sebagai Lake Baikal (Tasik Baikal).

Jika dikira keluasannya, ia menyamai keluasan satu wilayah di Eropah. Disebabkan keindahannya, tasik yang di selatan Siberia ini diiktiraf sebagai antara Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Memiliki kedalaman sehingga 1,600 meter (m), tasik ini juga memiliki air tawar yang sangat jernih dan kandungannya bersih sehinggakan boleh terus diminum.

Perjalanan dari Moscow ke Kazan, Russia mengambil masa 12 jam dengan menaiki kereta api, tetapi perjalanan seterusnya dari Kazan ke Irkutsk mengambil masa dua hari 22 jam.

Satu perjalanan menyeksakan bagi sesiapa yang tidak biasa mengembara dengan kereta api. Bagi pengembara tegar, perjalanan dalam tempoh lama itu adalah paling bermakna selain pengalaman yang ingin dirasai.

Pengalaman berada di dalam kereta api bersama pengembara lain dan penduduk tempatan yang turut menggunakan perkhidmatan itu sungguh indah!

Walaupun kebanyakan penduduk tempatan kurang fasih berbahasa Inggeris, itu tidak menghalang mereka berbual dengan orang asing. Jika kena gayanya pasti mudah beramah mesra dengan mereka.

 

ANTARA mercu tanda yang ada di tepi Tasik Baikal.
ANTARA mercu tanda yang ada di tepi Tasik Baikal.

 

Malah boleh tidur semalam dua di Irkutsk dan bersiar-siar di bandar ini sebelum bergerak ke Olkhon Island yang hampir 300 kilometer (km) dari bandar Irkutsk tempat terdapatnya Tasik Baikal.

Dari Irkutsk, perjalanan menggunakan van mini yang menggantikan bas mengambil masa kira-kira enam hingga lapan jam. Detik paling diingati penulis apabila van mini yang dinaiki merentasi Tasik Baikal.

Mengujakan apabila menyusuri lapisan ais yang membeku di permukaan tasik akibat kedinginan suhu musim sejuk mencecah bawah paras beku iaitu -30 darjah Celsius.

Ketebalan lapisan ais yang membeku mampu menampung berat lori lima tan. Perjalanan merentasi tasik di atas permukaan ais ini dianggarkan kira-kira 20 minit. Senario itu antara tarikan di lokasi terbabit.

 

PENULIS (kiri) bersama rakan kembara dalam kereta api.
PENULIS (kiri) bersama rakan kembara dalam kereta api.

 

Julung kali penulis merasai pengalaman berdiri di atas permukaan ais. Pengunjung yang turut berada bersama melakukan pelbagai aktiviti termasuk bermain di atas lapisan ais selain segelintir pengayuh basikal tegar sanggup merentasi dan mengelilingi tasik terbabit.

Sementara di Olkhon Island pula adalah tempat kunjungan dan penginapan pelancong bagi menikmati keunikan kejadian permukaan ais yang membeku.

Bagaimanapun, ia masih menerima kunjungan pelancong ketika musim panas bagi menikmati keindahan sekitar pulau dan tasik. Sebenarnya bagi negara empat musim, jumlah pelancong ketika musim itu jauh lebih tinggi.

Jika ada yang merancang ke sini, pastikan membawa pakaian musim sejuk secukupnya memandangkan suhu boleh mencecah sehingga -30 darjah Celsius.

Jujur kali pertama penulis menapak di permukaan lapisan ais terbabit, resah menyelubungi kerana membayangkan andai lapisan itu pecah pasti penulis jatuh ke dasar tasik.

 

BERSAMA seekor serigala jinak di pinggir Lake Baikal berhampiran kawasan penempatan di Olkhon Island.
BERSAMA seekor serigala jinak di pinggir Lake Baikal berhampiran kawasan penempatan di Olkhon Island.

 

Namun keindahan Lake Baikal yang begitu istimewa berdasarkan sebahagian kawasan permukaan aisnya bersifat lutsinar apabila kita boleh lihat pergerakan air di bawahnya.

Di pinggiran tasik itu pula ada gua yang keseluruhannya dilitupi ais selain binaan ais berbentuk stalagmit di permukaan atas gua di situ.

Reaksi penduduk tempatan melakukan aktiviti memancing mahupun minum air tasik menerusi lubang yang sudah ditebuk antara yang mencuri perhatian penulis.

Terdapat juga pakej jelajah sekitar tasik disediakan penduduk tempatan apabila pengunjung diberi peluang berehat di kawasan pinggir hutan yang diseliputi salji. Malah turut dihidangkan dengan makan tengah hari berupa sup ikan dan sayur yang dipanaskan dengan gaya perkhemahan.

Sebaik-baiknya apabila berpeluang menjejak kaki ke lokasi terbabit, peruntuk beberapa hari untuk meninjau kawasan utara atau selatan daerah itu kerana mempunyai keunikan tersendiri.

Percutian ke destinasi itu sangat bermakna bagi penulis dan mencabar pengalaman melancong dalam cuaca paling ekstrem iaitu pada bawah paras beku.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Nike Tawarkan Diskaun 50% Sempena ‘Energy Week’ Sehingga 25 Oktober 2020

Buat anda peminat jenama Nike dan sering menanti promosi hebat untuk dapatkan barangan Nike, ini adalah peluang keemasan anda. Rugi jika anda terlepas peluang...

Xiaomi Lancar Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Mengecas Penuh Bateri Dalam Masa 19 Minit

Xiaomi baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar 80W yang merupakan pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia. Menurut syarikat itu, teknologi tersebut mampu mengecas penuh bateri...

Gambar Dan Spesifikasi Huawei Mate 40 Pro Didedahkan Dengan 50MP Kamera Leica

Huawei akan melancarkan siri smartphone perdana Huawei Mate 40 dalam masa terdekat. Kini, beberapa maklumat mengenai gambar dan spesifikasi telah didedahkan melalui laman Winfuture. Melaului sumber,...