Polis Kelantan tahan tiga lelaki, rampas 30,006 biji pil yaba

- Advertisement -

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas 30,006 biji pil yaba bernilai RM330,066 di sebuah rumah di Kampung Binjal, Cabang Empat, Tumpat pada Isnin.

Bagaimanapun, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu terlebih dahulu ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika berada dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Jal Kechil, Tumpat.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sejurus ditahan anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan ke atas kereta tersebut dan menjumpai satu peket plastik cerah berisi enam biji pil disyaki yaba.

“Susulan itu, suspek telah membawa anggota bertugas ke sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui satu bungkusan plastik hitam di bawah meja di ruang tamu rumah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, di dalam plastik tersebut terdapat lima bungkusan kertas kekuningan bertulis Y1 mengandungi 30,000 pil yaba.

Ujarnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muhamad Zaki memberitahu, dua daripada lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat