Amanah tuntut penjelasan kes TPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selain DAP, Parti Amanah juga menuntut penjelasan Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Amanah percaya dengan penjelasan terperinci tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak dan sekali gus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Amanah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam atas prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law) yang didukung oleh Amanah selama ini.

“Amanah yakin bahawa proses perundangan dan prosiding mahkamah di sepanjang perjalanan kes ini telah pun dicermati dan diadili oleh Yang Arif Hakim,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Namun begitu, kata beliau Amanah ingin menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Jelas Hatta, penjelasan terperinci tersebut akan mengangkat integriti Jabatan Peguam Negara dan SPRM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat