Hakim Persoal Kenapa Pihak Pendakwaan Tidak Jawab Representasi Abdul Azeez

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md. Said seperti hilang sabar apabila pihak pendakwaan seolah-oleh tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakannya.

Hakim itu bertanyakan mengapa pihak pendakwaan tidak menjawab empat representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Baling itu.

Kamaludin mempersoalkan mengapa perayu membuat aduan bahawa representasinya tidak berjawab dalam tempoh yang terlalu lama.

“Kenapa kamu tidak jawab? Apa kamu semua buat sebenarnya?

“Apa yang kamu buat ni, orang tulis pada kamu sekurang-kurangnya jawablah. Kalau tolak, tolaklah. Orang sudah hantar lama sangat,” soalnya.

Ketika prosiding, peguam mewakili Abdul Azeez, Amer Hamzah Arshad membangkitkan isu pihaknya masih menunggu jawapan representasi daripada AGC.

Katanya, representasi itu penting kerana ia menyertakan deklarasi daripada beberapa saksi utama pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Aslinda memberitahu, pihak pendakwaan tidak menerima sebarang arahan untuk memberi maklum balas terhadap representasi berkenaan walaupun kertas siasatan dan minit telah dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Jelasnya, kertas siasatan dan minit berkenaan diterima daripada pengarah kanan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu.

Dalam pada masa, Kamaludin menolak permohonan Abdul Azeez untuk bersuara bagi menjelaskan salah tanggapan dalam laporan media berhubung ketidakhadiran beliau pada prosiding 26 Ogos lalu.

Kata peguamnya, ada kesalahan fakta yang dilaporkan dan beliau perlu menjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun Kamaludin menegaskan, mahkamah tidak ada masa untuk memberinya ruang, sebaliknya beliau boleh membuat sidang media.

“Jangan buang masa di sini. Kita terus buat keputusan ya. Kamu boleh cakap di luar mahkamah,” ujarnya.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menerima empat daripada 13 rayuan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Pengerusi Tabung Haji itu.

Mahkamah Rayuan membuat ketetapan menolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam sembilan kes membabitkan rasuah dan penggubahan wang.

Keputusan yang di baca hampir satu jam itu oleh Datuk Abu Bakar Jais menyatakan mahkamah membatalkan empat kes berkaitan penggubahan wang haram iaitu AMLA manakala enam lagi kes AMLA lain dan rasuah dikekalkan.

Abdul Azeez kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sembilan lagi dakwaan ke atasnya berhubung rasuah serta AMLA pembinaan projek jalan raya di Perak dan Kedah. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat