Tuduhan Syed Saddiq Tidak Benar – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan tuduhan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkenaan tawaran dan ugutan terhadap dirinya.

Menurutnya, dakwaan bahawa kes mahkamah yang sedang dihadapi telah ‘direka’ juga adalah tidak berasas kerana laporan polis yang membawa kepada kes tersebut dibuat oleh Syed Saddiq sendiri.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang tohmahan yang telah dilontarkan kepada saya. Saya tidak membuat apa apa tawaran atau ugutan. Ini tidak benar.

“Saya ingin mengesahkan bahawa terdapat pertemuan antara kami berdua baru baru ini. Pertemuan ini adalah atas kapisiti peribadi dan persahabatan Syed Saddiq adalah seorang pemimpin belia, mantan Menteri Belia dan Sukan, mantan Ketua Armada Bersatu dan masih menjalankan peranan dalam memimpin wacana semasa di kalangan anak muda.

“Idea yang saya bawakan adalah mengetepikan perseteruan politik dan menggembleng semangat penyatuan anak muda demi untuk membina semula negara secara bersama. Anak muda membentuk kumpulan terbesar pengundi hari ini, malah lebih separuh daripada keahlian Bersatu” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat