PRN Sabah: ‘Guna Logo Warisan? Janganlah Jadi Bodoh’

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Sabah, Razeef Rakimin hari ini menyanggah sayap pemuda parti Amanah yang mencadangkan agar Pakatan Harapan negeri itu menggunakan logo Warisan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ketika dihubungi SuaraTV, beliau berkata, PRN kali ini hanya untuk membentuk kerajaan negeri, manakala gabungan yang ada ketika ini bukanlah gabungan rasmi.

“Saya sangat tidak bersetuju untuk menggunakan logo Warisan kerana ini hanya gabungan untuk membentuk kerajaan negeri dan bukan gabungan rasmi dibawah satu pakatan.

“Bagi saya cadangan ini seolah menunjukkan Pakatan Harapan itu sudah tidak lagi berfungsi,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut terkilan kerana cadangan daripada pemuda Amanah tersebut menunjukkan betapa rendahnya nilai martabat parti serpihan PAS itu.

“Kita faham Amanah masih mengharapkan untuk diberi peluang oleh Warisan agar dapat bertanding namun saya amat terkilan apabila serendah itu martabat Amanah sehingga membuat keputusan seolah Pakatan Harapan tidak wujud,” tambahnya.

Semalam, pemimpin pemuda Amanah mencadangkan agar Pakatan Harapan menggunakan logo Warisan pada PRN Sabah kali ini.

Pengarah Komunikasinya, Khairuddin Daud berkata, PKR, DAP dan Upko perlu menggunakan logo Warisan bagi menunjukkan sokongan terhadap bekas ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sementara itu, Razeef turut menempelak Warisan yang dikatakannya sebelum ini bukan sahaja menolak cadangan calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan malah mencadangkan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

“Namun mengapa di Sabah kita perlu tunduk dan mengemis kepada mereka untuk mendapat kerusi atau jawatan tertentu?

“Bagi saya ini bukan strategi politik, bagi saya ini pembodohan yang nyata,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat