Penyerang Papagomo Tiga Beranak Dibicara Oktober Depan

- Advertisement -

Penyokong Shafie Apdal, Datuk Akjan Ali Muhammad, 62, bersama dua orang anak lelakinya, Mahathir dan Mohd Ghazali yang didakwa merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)awal tahun ini akan diadakan pada Oktober ini.

Ketiga anak-beranak tersebut didakwa merusuh kerana menyerang Exco Pemuda Umno, Muhammad Azri wan Deris yang juga lebih dikenali sebagai Papagomo.

Majistret Afiq Agoes dalam pengurusan kes pra-perbicaraan hari ini, menetapkan 26 Okt ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 19 Jan lalu, Papagomo dikepung dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai susulan tindakan Papagomo mengoyak gambar Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis sebelum ini.

Pada 16 Julai lalu, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka 

Tiga beranak itu didakwa melakukan kesalahan itu bersama 2 lagi yang masih bebas di depan kaunter Malindo Air pada 7.45 malam 19 Jan lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan oleh disebat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat