Lepas Kalah Terus Hilang, KJ Yang Tak ‘Move On’

- Advertisement -

 

Oleh : Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Dalam temubual terbaru bersama Astro Awani KJ bangkit lagi perkara sama. Tak move on juga? Kali ini meleret sampai soal kepimpinan UMNO.

Akar umbi UMNO kritik KJ bukan soal “biadap” pasal “move on”. Soalnya, kamu bangkit perkara yang tidak berbangkit kononnya Najib mahu mengheret UMNO.

Kalau soal “move on”, Najib sign SD setuju Muhyiddin jadi PM 8. Kalau ikut dendam dan permusuhan, dia tidak sign.

Tetapi dia mahu kerajaan move on demi rakyat. Ada Najib hasut KJ dan MP lain jangan sign.

Bila PN jadi kerajaan, ada Najib minta KJ dan MP UMNO desak Muhyiddin supaya gugur kes dia. Dan selepas dia dihukum bersalah ada Najib minta KJ dan MP UMNO ugut Muhyiddin dengan undi tidak percaya.

Najib sign SD Kerana ikut keputusan jamaah. Tidak macam KJ, bila MP UMNO keluar Dewan, dia enggan keluar.

Bila kamu kalah tanding Presiden UMNO, itu bukan bermakna UMNO tolak orang muda tetapi pengundi muda UMNO yang memilih Presiden pun tolak kamu.

Terbukti selepas kalah kamu menghilang. Kamu yang tidak move on. Jangan tegak benang basah. Move on lah KJ.

Nota: Penulis adalah merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat