Tiga Negeri PN Tidak Kukuh, Peluang Terbuka Buat BN, PH – Ahmad Maslan

- Advertisement -

LANGKAWI – UMNO melihat peluang untuk merampas semula negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) seperti Perlis, Kedah dan Terengganu sebagai sesuatu yang realistik susulan kedudukan politik di ketiga-tiga negeri itu yang dianggap tidak stabil.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sokongan terhadap parti itu masih kukuh dalam kalangan separuh pengundi di negeri-negeri terbabit, manakala sebahagian lagi terdiri daripada golongan atas pagar yang mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya akan datang.

“Kalau dulu kita kalah, selepas ini tidak mustahil kita boleh menang. Tiga negeri (Perlis, Kedah dan Terengganu) adalah ‘negeri goyah’.

“Ini bermaksud separuh penduduk menyokong kita, ada di tengah-tengah… jadi pemerhati atau pengundi atas pagar ini akan memainkan peranan penting,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi, hari ini.

Menurut beliau, sentimen rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan PN juga boleh menjadi pemangkin kepada perubahan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas mengenai usul-usul yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut, Ahmad menyatakan bahawa UMNO terbuka dengan perbincangan dan sentiasa meraikan proses demokrasi dalam parti.

Antara usul yang dibahaskan ialah penekanan kepada peranan wanita dalam politik, tuntutan agar kerusi Parlimen serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Langkawi dikembalikan kepada UMNO, dan sokongan terhadap pembelaan Datuk Seri Najib Razak.

“Setiap kali mesyuarat perwakilan wanita, pemuda, puteri dan bahagian, kita sentiasa terima banyak usul dan bincang secara berhemah sebelum menjadi ketetapan.

“Ini adalah kaedah kita mendapatkan maklum balas daripada akar umbi dan mencerminkan bahawa UMNO adalah parti yang menjunjung amalan demokratik,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat