UMNO terima banyak permohonan bekas ahli mahu kembali sertai parti

- Advertisement -

JELI – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pihaknya menerima banyak permohonan daripada bekas ahli untuk menyertai kembali parti tersebut.

“Permintaan banyak, namun kita akan bawa kepada Lembaga Disiplin yang kemudian akan mengemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamadkan.

“Selepas itu Majlis Tertinggi UMNO akan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, mana-mana ahli yang telah dipecat bebas untuk menyertai parti lain.

Ujar Ahmad Zahid, mereka boleh masuk parti-parti mana yang disukai.

“Itu adalah pilihan mereka,” katanya yang mengulas mengenai tindakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Noh mengesahkan menyertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa pada Khamis.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, keputusan berkenaan dibuat berikutan kecewa dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah. – Sinar

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat