Perairan Mersing tak selamat, diserang Petropoda ada sengat yang bahayakan manusia

- Advertisement -

MKUALA LUMPUR- Orang ramai dinasihatkan menangguhkan aktiviti berkaitan air di perairan Mersing, Johor berikutan kehadiran serangan gastropoda yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseus Acicula) khususnya di perairan itu, sejak 11 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Nurhuda Ibrahim, berkata Petropoda adalah Zooplankton dan ia adalah antara organisma akuatik berbahaya dan mempunyai sengat yang boleh memudaratkan manusia.

Katanya, kehadiran Petropoda dikesan oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung pada 11 Jun lalu di perairan kepulauan Mersing.

“Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika. Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ‘ballast’ perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia.

“Moluska ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.

“Kesan ini ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia. Dapatkan rawatan perubatan segera jika terkena sengatan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Nurhuda berkata, serangan Petropoda itu bukanlah kali pertama, dimaklumkan oleh penyelidik IPP Batu Maung.

Katanya, sebelum ini memang terdapat kewujudan Zooplankton berkenaan namun ia tidak merebak dan sebanyak ketika ini.

“Serangan ini dijangka akan berakhir selepas peralihan monsun.

“Jabatan Perikanan akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan menasihatkan orang ramai jauhi aktiviti berkaitan air di perairan itu buat masa ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat