KUALA LUMPUR – Mata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kelihatan lebam dan bengkak kerana sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata.
Anaknya, Datuk Nurulhidayah mendedahkan, saraf mata bapanya tidak berfungsi sebab itu mata Presiden Umno itu kelihatan jatuh.
“Iya …saraf mata dia tak befungsi, tu mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa bukan superstar pun.
“Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kenalah buat sesuatu.
“Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripda tahu perkara sebenar,” kata Nurulhidayah di ruang komen instagramnya.
Pun begitu, beliau juga menyatakan bahawa meskipun masih dalam pemulihan namun bapanya tidak dapat bercuti panjang kerana tanggungjawabnya.
“Jadi orang politik dan pekerja kerajaan mana boleh nak cuti lama-lama.
“Mengeluh dan merungut pun tak boleh, tanggungjawab besar. Selain dia pikul tanggungjawab yang diamanahkan, kerja dia sahaja memang amanah daripada Allah. Jadi kenalah kuat semangat.
“Kena kerja untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pulak ni,” katanya.
Terdahulu keadaan mata Zahid yang lebam menjadi tanda tanya orang ramai selepas dilaporkan bercuti dua minggu.