Walaupun hanya dua babak, Ellie Suriaty tetap ‘padu’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Walaupun hanya melakonkan dua babak dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, namun ramai memuji kehebatan Ellie Suriaty Omar, 52, menjayakan filem itu dengan begitu berkesan.

Ellie berkata, dia berbesar hati apabila pengarah, Syamsul Yusof mahukan dirinya terbabit dalam babak pembukaan filem epik Melayu itu.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada penerbit Studio Kembara atas usaha mereka menghasilkan filem ini dan kepada Syamsul kita dapat melihat sisinya yang berbeza dan ‘versatile’.

“Saya sangat suka bekerjasama dengan Syamsul. Memang saya dihubungi untuk babak pembukaan yang mana perlu jayakan dua babak saja. Itu atas permintaan Syamsul untuk saya terbabit dalam filem Mat Kilau dan saya sangat berbesar hati.

“Jika perlu lakonkan dua babak, saya akan lakukannya dan saya cuba buat sehabis baik untuk dua babak ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, dia tidak perlu berfikir panjang untuk menjayakan filem itu kerana ia adalah karya penting.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat