Pas cadang Anwar cuti sementara, Zahid pangku kemudi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti sekali gus memberikan mandat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengemudi negara.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, 10 tahun lepas Ketua Parlimen DAP pernah minta Datuk Seri Najib Razak bercuti ekoran dakwaan skandal 1MDB.

“Kali ini, Anwar pula wajib bercuti sementara kes saman ekoran apa yang dikatakan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya dibicarakan bermula tengah tahun ini.

“Kita tuntut Perdana Menteri cuti dan berikan mandat kepada Timbalan Perdana Meneteri 1 Datuk Seri Zahid untuk kemudi negara.

“Lagipun Zahid sudah bersih daripada tuduhan di mahkamah. Beliau layak memangku jawatan Perdana Menteri sehingga Anwar benar-benar sedia semula untuk bertugas,” cadang Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada Jun 2015 Tan Sri Lim Kit Siang pernah meminta Najib bercuti daripada Kabinet susulan dibelenggu pelbagai skandal.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada Perdana Menteri itu mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Persoalan undang-undang itu berkaitan dengan saman yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik Anwar, Yusoff Rawther, berhubung dakwaan serangan seksual yang berlaku tujuh tahun lalu.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati tiada satu pun daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) yang dikemukakan oleh pasukan pembelaan Anwar menimbulkan sebarang persoalan undang-undang perlembagaan yang nyata, substantif atau boleh diadili, yang memerlukan penentuan oleh Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) PP atau Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat