Bintang muda Sarawak, Joanne Duke, Kembali dengan single terbaru ‘Tek Tik Kotor’

- Advertisement -

Industri seni suara tempatan kembali dimeriahkan dengan kehadiran bakat baru dari tanah air, kali ini dengan penampilan yang menarik dari Joanne Duke, dilahirkan di Bumi Kenyalang, Joanne Duke telah menarik perhatian ramai dengan lagu yang memberi pesanan yang mendalam kepada pendengarnya.

Pernah merakam dan mengeluarkan lagu berjudul “Cinta Tidak Buta” beberapa waktu yang lalu, Joanne Duke kini mengemparkan industri tanah air dengan karya terbarunya yang bertajuk “Tek Tik Kotor.” Lagu ini, yang diterbitkan di bawah naungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment, bukan sekadar hiburan semata, tetapi juga mengandungi pesanan penting kepada para pendengar, khususnya para wanita muda.

“‘Tek Tik Kotor’ sebenarnya ditujukan khas buat para jejaka ‘sweet talker’ atau bermulut manis yang suka mempermainkan perasaan wanita,” ungkap Joanne. “Ia juga memberi pesanan kepada gadis-gadis di luar sana untuk menjaga diri dan maruah, terutama dalam dunia yang semakin dijejaki melalui media sosial.”

Joanne menegaskan bahawa pentingnya untuk tidak mudah terpedaya dengan panggilan manis dari orang yang baru dikenali, terutama melalui media sosial. “Ambil masa yang secukupnya untuk mengenali seseorang agar hati kita tidak disakiti,” pesannya.

Namun, proses pembuatan lagu ini tidaklah mudah bagi Joanne, ini kweN perwatakan pemalu yang menjadi ciri khasnya. “Agak susah juga untuk mengeluarkan suara yang bernada sedikit mengghairahkan atau ‘sexy’ kerana perwatakan saya yang agak pemalu,” jelasnya. “Tetapi semuanya berjalan lancar berkat bantuan pencipta lagu, kumpulan Klangit, dan produser lagu ini, saudara Koh Kok Boon.”

Joanne, yang masih baru dalam industri muzik tempatan, berharap agar lagunya ini diterima baik oleh semua pihak. “Semoga lagu ini mendapat sambutan hangat dan boleh dijadikan trend atau cabaran di aplikasi media sosial seperti TikTok dan juga Instagram,” harapannya.

Dijadualkan untuk dikeluarkan pada 31 Mei 2024, “Tek Tik Kotor” boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui pelbagai platform digital termasuk Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

Dengan penampilannya yang menarik dan pesanan yang berharga, Joanne Duke menjanjikan satu lagi gelombang baru dalam seni suara tempatan, dan para peminat pasti tidak sabar untuk menyambut karya-karya baharu daripadanya.

Kredit:
Artis: Joanne Duke
Komposer: Klangit
Penulis lirik: Klangit
Produser: Koh Kok Boon & Klangit
Tarikh Pelancaran : 31 Mei 2024




-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat