YBR Komited Bantu Anak Autism Melalui Hub Komuniti UniMAP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Majlis Perasmian Hub Komuniti yang memberi fokus kepada golongan autism.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, YBR berkata program ini memberi tumpuan kepada anak autism dikalangan keluarga B40 di sekitar Perlis dengan menyediakan sokongan kemudahan dan terapi sebagai stimulasi kepada mereka.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis, Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin merangkap Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Pro Canselor UniMAP telah mencemar duli ke majlis ini yang bertempat di Kampus Utama UniMAP.

“Seramai 10 anak-anak autism turut menerima surat tawaran perkhidmatan terapi bernilai RM3,500 dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM35,000.

“YBR berharap dengan penganjuran inisiatif seperti ini dapat membantu masyarakat istimewa serta merupakan anjakan paradigma kepada usaha untuk mempelbagai bantuan dan aktiviti kepada yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Prihatin dalam meningkat sosio-ekonomi masyarakat melalui pendidikan dikalangan golongan istimewa, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani turut bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Hub Komuniti.

Menurut Syaiful Rizal, YBR amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan golongan autism ini antara golongan yang mendapat perhatian YBR dalam mengembangkan potensi serta sebagai platform dalam menggilap keupayaan mereka di masa hadapan.

“Golongan autism ini mampu bersaing dan bersifat kompetitif sama seperti mereka yang normal jika diberikan pendedahan dan arah yang betul serta memberi kembali khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts Dr Zaliman Sauli; Consul-General of Japan in Penang, Kawaguchi Yoshiyasu; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat