Mesyuarat MPT PPBM Sahkan Keahlian Dr Mahathir Terlucut Serta Merta

- Advertisement -

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain “terhenti” serta-merta menurut perlembagaan parti itu.

“Tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad,” kata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dalam kenyataan pagi ini.

Mesyuarat juga mengesahkan keputusan memuktamadkan penyertaan PPBM dalam gabungan yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional “bertepatan dengan matlamat, tujuan, dan dasar parti”.

“MPT merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas pengerusi, Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan presiden, Mukhriz Mahathir, bekas ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan semua ahli MPT yang telah meninggalkan parti atas segala sumbangan dan pengorbanan yang mereka curahkan kepada parti,” kata kenyatan itu.

Keahlian Mahathir, yang mengasaskan parti itu ekoran perselisihan dengan pimpinan Umno, serta Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee Malik, dan Amiruddin Hamzah terlucut selepas mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Sementara itu, mesyuarat pimpinan turut mengiktiraf tugas Muhyiddin Yassin sebagai pemangku pengerusi yang sah, selaras perlembagaan parti.

Mahathir meletakkan jawatan pengerusi PPBM pada 24 Feb.

MPT juga mengesahkan Marzuki sudah diberhentikan daripada jawatan setiausaha agung melalui surat bertarikh 18 Mac.

“Pelantikan saya sebagai SUA yang baru pada 26 Mac 2020 adalah sah dan teratur mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Turit disahkan kedudukan Muhammad Suhaimi Yahya sebagai setiausaha kerja parti yang sah.

“Sebarang surat pemakluman yang ditandatangani setiausaha kerja adalah terpakai secara rasmi.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat