PKR mesti kuat pastikan Anwar kekal PM penggal kedua, Saifuddin nak istikarah sebelum umum tanding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai orang lama dalam PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau lebih banyak melalui episod kekalahan berbanding kemenangan.

Namun katanya, satu perkara yang tetap utuh dalam diri beliau adalah khidmat kepada parti tidak harus bersyarat kepada kedudukan.

“Kalah atau menang bukan penentu semangat perjuangan saya.

“Keberadaan saya dalam parti ini, sejak awal, adalah untuk memperkukuh dan memperkuatkan PKR. Dalam tempoh dua tahun mendatang, kita akan berdepan PRU yang besar ertinya. Justeru, pemilihan parti kali ini harus menjadi medan penyatuan dan pengukuhan, bukan perpecahan.

“Parti yang kuat akan menyumbang kepada kerusi yang lebih banyak. Parti yang mantap akan memperkukuh Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan. Parti yang bersatu akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diposisikan semula sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.

“Saya menyokong penuh proses pemilihan parti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Ini adalah ruang demokrasi dalaman yang wajib kita hargai dan raikan. Dalam masa empat hari yang berbaki sebelum tarikh tutup pencalonan, saya akan terus membuat pertimbangan terbaik dengan tawakal dan istikharah.

“Insya-Allah, pengumuman rasmi akan saya buat dalam tempoh yang munasabah,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian mengulas teka-teki sama ada beliau akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Ini adalah jawapan yang telah saya kongsi kepada media semalam.

“Alhamdulillah, saya telah menamatkan hampir keseluruhan proses engagement dan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam parti, termasuk sesi panjang bersama YB Rafizi Ramli dan beberapa pertemuan bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Proses ini penting sebelum saya membuat sebarang keputusan berkaitan pemilihan parti,” kata Saifuddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat