Syukur rezeki anak murah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersyukur anak kedua mereka, Lyla Amina yang kini berusia dua bulan dilimpahi dengan pelbagai rezeki.

Awal, 40, berkata, jika anak pertama mereka Lara Alana banyak terbabit sebagai duta produk, berbeza dengan Lyla apabila dia mendapat hadiah sehingga mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli barangan keperluan bayi.

“Kalau Lara banyak menjadi duta, untuk Lyla, rezeki dia lain pula. Ia datang dari segi bukan menjadi duta, tapi menerima pelbagai jenis barangan.

“Setakat ini duit tak keluar lagilah beli lampin pakai buang, sabun mandi, mainan, katil, semuanya tak keluar duit,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Scha berkata, rasa sayang pelbagai pihak kepada Lyla ditunjukkan menerusi pemberian pelbagai hadiah yang disifatkan sebagai rezeki buat anak kedua mereka itu.

“Sayang mereka pada Lyla sampai hantar macam-macam. Mereka fikir, kalau tak dapat sebagai duta mereka berikan dengan cara lain iaitu memberikan produk. Sekarang tak lantik menjadi duta mungkin sebab faktor ekonomi. Tak menjadi duta, tapi dapat rezeki dengan cara lain,” katanya.

Awal yang juga pengacara program Melodi berkata, mereka sekeluarga kini dikenali dengan gabungan nama Schawalaramina.

Sempat diusik mengenai sambutan Aidilfitri di rumah baharu, Awal secara berseloroh berkata ‘istana’ mereka belum siap.

“Kami bukan buat rumah, tapi buat ‘istana’. Rumah kami tak siap lagi. Bayangkan buat rumah tahun 2018, bukan tanah lapang, tapi sudah ada rumah dan ini sudah tahun 2021 tak siap lagi,” katanya.

Pasangan berkenaan berkongsi perkara itu pada episod keempat program Buat Apa Tew? yang bakal ditayangkan di saluran YouTube dan Facebook Harian Metro, jam 4 petang, hari ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat