Individu datang ke Perlis perlu jalani kuarantin 14 hari

- Advertisement -

KANGAR – Individu yang memasuki Perlis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, ia bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri zon hijau koronavirus (Covid-19) dan peraturan itu bukan hanya untuk individu dari zon merah, sebaliknya merangkumi semua individu termasuk dari zon hijau seperti Kedah.

“Tiada pengecualian kepada sesiapa pun, sama ada dari luar negara (negara jiran) atau dari negeri lain. Mereka wajib dikuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan bagi membendung Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azlan berkata, seramai 116 individu masih dikuarantin di tiga pusat kuarantin di negeri tersebut iaitu 49 orang ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.

Mengulas mengenai operasi premis makanan di Perlis sepanjang PKPB Azlan berkata, tempoh masa dilanjutkan sehingga 10 malam berbanding 8 pagi hingga 8 malam sebelum ini.

“Orang ramai dibenarkan makan di kedai namun pemilik premis perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil jika langgar syarat,” katanya.

Menurutnya, peniaga digalakkan melaksanakan penjualan secara bungkus / pandu lalu sekiranya tidak dapat memenuhi SOP berkaitan makan di premis.

Azlan berkata, untuk aktiviti sukan dan rekreasi, orang ramai hanya dibenarkan melakukan joging di Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Taman Bukit Lagi.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) hari ini juga bersetuju dengan penambahbaikan yang dibuat, antaranya pembukaan pusat rekreasi dilakukan secara berperingkat, manakala penggunaan peralatan senaman di taman awam tidak dibenarkan.” katanya.

Dalam kenyataan tambahan yang dikeluarkan, beberapa penambahbaikan lain, termasuk sektor kebersihan seperti pemotongan rumput jalan dan pokok dibenarkan berdasarkan SOP ditetapkan.

Sumber- Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat