Malam Terpaling Galau Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas Malam Galau Indonesia (MGI) 2.0, MGI 2.1 dan MGI JB mendapat sambutan yang hangat ramai pendengar muzik Indonesia di Malaysia, kali ini Hashtag Media menganjurkan lagi Malam Galau Indonesia edisi kelima, iaitu Malam Terpaling Galau Indonesia. Malam Terpaling Galau (MTGI) ini dianjurkan atas permintaan ramai peminat muzik setelah MGI di Johor Bahru mendapat sambutan seramai 4000 orang. Ternyata ramai yang menantikan konsert ini, kerana sejurus habis tiket MGI JB dijual, ramai yang membanjiri laman media sosial pihak penganjur, Elmielmo, untuk menganjurkan lagi Malam Galau di Kuala Lumpur.

Konsert ini akan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 07 Mei 2023 bermula dari 7.30 malam hingga 11.30 malam. Tiket untuk konsert ini telah mula dijual pada 24 Februari 2023 melalui laman web Ubertickets. Walaupun tradisi Hashtag Media untuk tidak mengumumkan nama artis yang melakukan persembahan atas unsur kejutan diteruskan, namun jualan tiket tetap mendapat respons yang baik dari pembeli tiket. Dalam masa sehari, tiket berdiri telah pun habis dijual. Begitu juga dengan tiket duduk.

Tarikh : 07 Mei 2023 (Ahad)
Waktu : 7.30 malam – 11.30 malam
Tempat: ZEPP Kuala Lumpur

Barisan penyanyi dan band muzik yang bakal melakukan persembahan merupakan artis tempatan yang sedang menempah nama di industri muzik Malaysia. Lagu – lagu yang akan dibawakan oleh mereka merupakan lagu – lagu popular dari negara Indonesia supaya orang ramai boleh menyanyi bersama. Selain itu, mereka juga bakal mempersembahkan lagu mereka sendiri. Oleh itu, Konsert Malam Terpaling Galau Indonesia mampu menjadi sebuah platform untuk meningkatkan nama dan populariti artis – artis tersebut.

Untuk makluman, Hashtag Media telah menjadi penganjur konsert Fiersa Besari, Fourtwnty, Barasuara dan Sisitipsi. Keempat-empat konsert tersebut telah berjalan dengan lancar dan juga telah mendapat sambutan yang amat baik dari peminat band muzik dan penyanyi tersebut.

Buat peminat muzik Indonesia yang tinggal di luar Kuala Lumpur, bersedia untuk galau bersama-sama kerana, ‘’Malam Galau Indonesia akan ke Utara tanah air selepas ini’’, ujar Elmielmo, yang merupakan penganjur acara ini.

Ikut Hashtag Media di media sosial;
@HashtagMY
@hashtagmalaysia
@Hashtag Media Malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat