Neelofa Mohon Diberi Ruang Selesaikan Isu Langgar SOP

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Selebriti dan usahawan kontroversi, Neelofa, 32, memohon diberi ruang menyelesaikan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan serta insiden merentas negeri secara profesional dan tertutup dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi jenama sandal Fipper dan aplikasi The Noor di sini, Neelofa enggan mengulas panjang isu berkenaan kerana boleh memudaratkan keadaan.

“Saya menghormati semua yang hadir tentunya ingin bertanya perkara sama. Tetapi saya meminta kepada rakan media supaya beri saya ruang untuk menyelesaikan perkara ini secara profesional.

“Saya tidak mahu mengulas panjang kerana boleh memudaratkan keadaan. Beri saya ruang untuk selesaikan secara baik dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

“Lagipun, saya tidak perlu memberi penjelasan secara terperinci apa yang bakal saya lakukan. Beri saya ruang untuk selesaikan sendiri dengan pihak yang berkenaan,” katanya.

Ketika ditanya bila dia dan suami, Haris Ismail, 26, atau PU Riz akan memberi keterangan kepada polis, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, enggan mengulas lanjut.

Ditanya mengenai kunjungan ke Langkawi sehari selepas bernikah pada 27 Mac lalu, bekas pengacara Meletop itu berkata, jadual kerja sudah diatur lebih sebulan.

“Jadual kerja bukanlah dibuat secara spontan. Sebaliknya, semua dirancang lebih sebulan. Lagipun, kita bakal meraikan Ramadan tidak lama lagi. Jadi, saya ingin menyelesaikan semua tugasan tertunggak sebelum puasa.

“Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan minggu lalu. Impak daripada maklum balas orang ramai, kami ditawarkan membuka lebih daripada satu cawangan jenama minuman ringan,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro Online melaporkan, kertas siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz, dijangka siap minggu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, polis juga akan memanggil pasangan itu untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan itu dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini.

“Selepas itu kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat