Belajar Di UK Mustahil Tak Boleh Beza ‘Big Brother’ Dengan ‘Elder Brother’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya ungkapan ‘abang besar’ yang digunakan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari China, Wang Yi masih hangat dikritik.

Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A Kadir Jasin berkata, Kamus Cambridge mentakrifkan “Big Brother” sebagai:

“Satu cara merujuk kepada sebuah kerajaan, seorang pemerintah atau seseorang pemegang kuasa yang mempunyai kuasa mutlak dan cuba mengawal tingkah laku orang ramai dan fikirkan mereka serta menghadapkan kebebasan mereka.”

Katanya, Hishammuddin berpendidikan Inggeris dan belajar di United Kingdom.

“Mustahil dia tidak dapat membezakan antara “big brother” dengan “elder brother”. Proses pemikiran orang macam dia adalah dalam bahasa Inggeris.

“Dalam bahasa Melayu, “elder brother” adalah abang. “Big brother” secara literal bererti abang besar,” katanya di Facebook.

A. Kadir memberitahu, dalam hal sensitif dan penting macam perhubungan diplomatik dengan negara-negara besar yang dominan, lebih baik jangan berjenaka kalau bukan status kita.

“Kita boleh menunjukkan kemesraan dan kerakanan dengan cara formal. Kalau berjenaka di kawasan pilihan raya sendiri lain ceritalah.

“Orang Utara kata: “Kalu lagu ni macam mana nak jadi Pedana Menteghi?” bidas beliau.

Sebelum ini bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa Hishammuddin melanggar adat diplomatik.

Kata Anifah, ungkapan Hishammuddin bukan sahaja tidak sesuai, tetapi jelas meletakkan Wang Yi dalam keadaan sukar dan memalukan.

“Bahasa tubuh Wang Yi menjelaskan segalanya, dan beliau dengan cepat berkata ‘kita bersaudara’.

“Sebagai diplomat tertinggi Malaysia, Hishammuddin harus lebih berhati-hati dan bijak memilih perkataan atau ungkapan.

“Seperti kata pepatah, diplomasi adalah barisan pertama pertahanan negara,” kata Anifah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat