Annuar Musa masih yakin Zahid tak masuk jerat Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menganggap sekiranya sahih tulisan blogger,Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah masuk perangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau jelas tidak bersetuju dengan tulisan Raja Petra yang kononnya Zahid masuk dalam perangkap Ketua Pembangkang iaitu sebagai strategi memastikan Perikatan Nasional (PN) berpecah.

Ujarnya, setakat ini, tuduhan Zahid bekerjasama dengan Anwar masih samar.

“Lagi pun Presiden UMNO dalam ucapan dasar menegaskan No Anwar, No DAP kekal.

“Tak mungkin Zahid berbohong kepada hampir 3000 perwakilan.

“Jika terbukti beliau berbohong,dan benar beliau ada berhubung dan membuat perhitungan dengan Anwar,akibatnya amat buruk sekali.

“Antaranya usul yang diluluskan sebulat suara menjadi null and void, malah jika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mahu Presiden UMNO boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Tegasnya, justeru, tulisan Raja Petra tidak lebih dari satu andaian dan teori beliau sendiri.

Lagi pun kata Annuar Presiden UMNO bukan orang setahun jagung.

“Beliau tahu akar umbi menolak Pakatan Harapn (PH), menolak Anwar,menolak DAP.

“Melanggar hasrat akar umbi akan membawa politik Zahid kepada noktah,” katanya.

Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, bagi UMNO usul terima dan sokong ucapan dasar Presiden tanpa pindaan dan sebulat suara sudah lulus.

“Semua wajib akur.Itulah etika berparti.Lainlah kalau ada sesuatu sebalik ucapan yang memesongkan atau “misleading”..itu lain.

“UMNO meneroka landasan baru..ke mana dan di mana berakhirnya,kitalah yg menentukan…seperti saya tulis semalam.Kemungkinan drama baru bermula.Raja Petra bukan penulis skripnya.Dia bukan pun ahli UMNO.

Raja Petra dalam tulisannya mendakwa Anwar memasang perangkap untuk Datuk Seri Najib Razak dan Zahid termasuk semua pemimpin UMNO yang terdesak dan kini mereka telah masuk ke dalam jeratnya.

Tujuan utama Anwar dakwanya adalah untuk mengkucar-kacirkan PN supaya PH ada peluang cerah untuk menang PRU-15 dan nampaknya perangkap Anwar mengena. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat