Tiada Pertambahan Zon Merah Jangkitan Covid-19 Setakat Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada pertambahan zon merah direkodkan setakat ini.

Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi pesakit dijangkiti COVID-19 dengan 367 kes, disusuli daerah Petaling dengan 308 kes dan Hulu Langat mencatat 307 kes.

KKM menerusi perkongsian di media sosial rasminya berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan jika berlaku peningkatan kes secara mendadak di sesuatu kawasan terbabit bagi mencegah jangkitan daripada merebak.

Menerusi infografik yang dikongsi, semua daerah di Kuala Lumpur berada dalam zon merah kecuali Cheras dengan 38 kes dilaporkan.

Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai zon merah sekiranya mencatat lebih 40 kes.

Beberapa daerah di Sabah dan Sarawak turut mempunyai zon merah iaitu Kuching (Sarawak) yang mencatat 155 kes dan Tawau (Sabah) dengan 67 kes.

Daerah lain yang berada dalam zon merah ialah Seremban (146), Johor Bharu (137), Kluang (135),Klang (88), Kota Bharu (82), Kinta (82), Gombak (77), Hilir Perak (61), Batu Pahat (47), dan Jerantut (58).

Empat daerah di Semenanjung dikategorikan sebagai zon hijau atau tidak mempunyai kes COVID-19 manakala 27 daerah di Sabah dan Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat