Umno sedar bukan lagi dominan tapi tak tunduk soal Melayu, Islam – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno sedar hakikat bahawa kini parti itu bukan lagi dominan dalam kerajaan semasa namun, tidak pula sewenang-wenangnya tunduk dalam soal Melayu dan Islam.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dalam episod kerajaan campuran ini Umno memilih pendirian “political wisdom” dan ketatasusilaan perkongsian kuasa.

“Kita harus melihat hakikat politik bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi dominan, kita menjadi sebahagian daripada kerajaan yang ada dan 30 kerusi Parlimen itu daripada 152 kerusi yang ada, peratusannya kita pun tahu.

“Jadi dalam keadaan itu bukan kita tunduk dengan mana-mana pihak atau kita menentang cara dalaman tetapi dalam pentadbiran Islam umpamanya dalam kalangan kepimpinan Khulafa atau Kerajaan Umaiyyah atau Abbasiyah – kita tahu bahawa mesti ada dua perkara yang utama satu ialah “political wisdom” dan yang keduanya ialah ketatasusilaan perkongsian kuasa mesti ada begitu ya, mesti ada.

“Elemen political wisdom dan satu lagi ketatasusilaan itu yang kita wujudkan ya- kita tidak tunduk kepada siapa-siapa,” tegas Timbalan Perdana Menteri itu dalam video dimuat naik di Facebooknya.

Mengulas lanjut Zahid yang juga Pengerusi BN menyangkal Umno dalam situasi sindrom penafian berkait maruah Melayu dan Islam.

“Saya tidak mahu apa yang dipanggil sebagai sindrom penafian, tidak lihat sendiri prestasi yang kita buat dan Umno tidak pernah berkompromi dalam soal Melayu dan Islam dalam bersama-sama dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Kalau kononnya Islam dipinggirkan atau Islam tergugat dan sebagainya saya diminta oleh Pm untuk koordinasi Maahad Tahfiz di seluruh negara, terdapat 1,199 Maahad Tahfiz seluruh Malaysia dan terdapat 2,500 lebih yang tidak berdaftar.

“Saya bawa program TVET ke Maahad Tahfiz supaya mereka ada masa depan. Majlis Halal Malaysia saya juga Pengerusikan.

“Jadi bayangkan sendiri saya tidak mahu sindrom penafian, tidak lihat sendiri prestasi kita buat dan Umno tidak pernah berkompromi dalam soal Melayu dan Islam dalam bersama-sama kerajaan yang ada sekarang,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat