RELA memainkan penting aspek keselamatan & ketenteraman awam – Ruji

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SUNGAI UDANG – Usaha untuk mentransformasikan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai antara agensi peneraju Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diteruskan.

Peranannya sangat penting dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya kawalan perimeter serta sumber perkhidmatan kawalan keselamatan.

Ketua Setiausaha KDN , Datuk Hj Ruji Ubi berkata demikian ketika menghadiri majlis perbarisan tamat latihan kursus induksi Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) 2023 di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah RELA, KPjR Datuk Yahya Sulaiman berkata, pegawai RELA perlulah mengamalkan nilai-nilai integriti, meningkatkan perkhidmatan dan berusaha ke arah kecemerlangan serta sentiasa berada dalam kesiapsiagaan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Sementalah itu, seramai 30 pelatih kadet pegawai lelaki dan 17 wanita telah menamatkan latihan di ALARM terdiri daripada 24 orang Pembantu Pertahanan Awam (KP19) dan 23 orang Penolong Pegawai Pertahanan Awam (KP29).

Seramai 5 pelatih menerima anugerah iaitu Asby Mohd Anwar( Kadet Lelaki Terbaik), Adziela Adzmalizza Bidin (Kadet Wanita Terbaik), Haslan Calip (Kepimpinan Terbaik), Malek Ridhuan Muhamad (Akademik Terbaik) dan Asby Mohd Anwar (Kadet Keseluruhan Terbaik).

Kesemua mereka yang memulakan latihan sejak 2 Oktober tahun lalu itu, mula melaporkan diri untuk bertugas pada 5 Februari ini di penempatan masing-masing.

Ruji turut menyampaikan sijil kursus program Transformasi Minda, Watikah pemakaian pangkat dan Pingat Perkhidmatan Am RELA (P.P.A.R) dan penganugerahan pangkat Ahli Kehormat dan Bersekutu RELASIS.
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat