Karnival STI MOSTI 2023 Sokong Usaha Tingkat Kelestarian dan Pemerkasaan Agenda STI Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA – Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MOSTI 2023 dilancarkan hari ini dalam usaha meningkatkan kelestarian dan pemerkasaan agenda STI negara melalui pendekatan berteraskan 4K, Komuniti dan Kerjasama bagi mencapai Kemajuan dan Kemakmuran di dalam sains, teknologi dan inovasi.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan kepada media berkata, karnival tersebut dianjurkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berlangsung selama dua (2) hari pada 3 dan 4 Februari 2023 bertempat di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Karnival STI ini telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang telah menarik penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, golongan pendidik serta orang awam.

Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata, penganjuran Karnival STI ini mendukung objektif untuk memartabatkan sains, teknologi dan inovasi tempatan.

“Selain itu, penganjuran ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang awam mengenai teknologi dan inovasi yang dibangunkan sesuai dengan cogan kata MOSTI iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan MOSTI lagi, pelbagai aktiviti menarik berteraskan STI disediakan sepanjang Karnival STI berlangsung yang dapat memberi manfaat kepada pengunjung khususnya pelajar dan belia.

“Antaranya adalah tayangan Mini Planetarium, Pencerapan Matahari, Drone Challenge, Pertunjukan Sains Interaktif, Aktiviti Robotik, DIY Roket, Planet VR dan Pocket Talk STI.

“Pada majlis yang sama, YB Menteri MOSTI telah melancarkan “Road to Minggu
Sains Negara 2023” yang mana inisiatif tersebut merupakan antara usaha MOSTI memupuk kreativiti serta meningkatkan literasi STI di kalangan masyarakat.

“Minggu Sains Negara 2023 (MSN 2023) akan bermula pada bulan April hingga Oktober 2023.

“MSN 2023 merupakan salah satu inisiatif tahunan MOSTI dalam usaha untuk menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan STI dan kepentingannya dalam menyumbang kepada kesejahteraan dan peningkatan sosio-ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, pengisian program Minggu Sains Negara disusun bagi menarik minat pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memilih jurusan dalam bidang berkaitan STI,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Sains Negara dijemput untuk melayari laman web rasmi www.mosti.gov.my/minggu-sains-negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat