Pemimpin PAS Nafi Dakwaan Pernah Mengkafirkan Sesama Islam

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa partinya itu mengamalkan dasar mengkafirkan sesama umat Islam.

Katanya, amalan tersebut tidak pernah diajar mahupun diarahkan untuk dilakukan sepanjang penglibatannya bersama parti Islam itu.

“Sepanjang penglibatan saya di dalam Pas sehingga ke saat ini, saya tidak pernah diajar dan diarah untuk mengkafirkan sesiapa yang mengucapkan syahadah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan sama ada mereka yang membuat tuduhan sedemikian pernah melakukan amalan itu ketika bersama Pas sebelum ini.

“Adapun golongan yang keluar Pas pada tahun 2015, saya ingin bertanya, adakah sepanjang tuan-tuan berada di dalam Pas, tuan-tuan benar-benar mengkafirkan golongan tertentu yang bersyahadah?

“Jika benar, maka patut sangatlah tuan-tuan keluar Pas kerana tuan-tuan sendiri tidak faham dasar parti yang tuan-tuan sertai,” katanya.

Budaya mengkafirkan sesama umat Islam dipercayai bermula daripada ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan tersebar dalam kalangan anggota Pas pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Dalam ucapan yang dikenali sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ itu, Ahli Parlimen Maran mendakwa Pas menentang UMNO kerana parti berkenaan mengekalkan undang-undang kafir.

Pada 2019, isu tersebut telah dibangkitkan kembali susulan daripada usaha penyatuan yang dilakukan oleh parti tersebut bersama UMNO dalam membentuk Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, perkara berkenaan pernah dinafikan oleh Abdul Hadi yang menyatakan bahawa parti Islam itu tidak pernah sesekali mengkafirkan orang.

Katanya, hak untuk mengkafirkan orang Islam bukan hak parti Islam tersebut dan ia juga bukan ajaran Islam yang sebenar. – Sinar

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Dakwa kerajaan tidak stabil, PH tubuh sembilan jawatankuasa baharu

CYBERJAYA: Bagi memperkukuhkan gerak kerja Pakatan Harapan, Majlis Setiausaha gabungan pembangkang itu mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bawah PH sempena ulang tahun ketiga sejak kemenangannya...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Kes Covid Melonjak, 4,498 Jangkitan Baru & 22 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes. Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000...