KBS Komited Bantu Gerakan Belia Diterajui MBM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan komitmen untuk membantu gerakan belia yang diterajui Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika sesi dialog dalam talian bersama ahli dewan tertinggi majlis itu hari ini.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan sesi dialog yang dipengerusikan Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menyaksikan pengumuman pemberian dana bantuan pentadbiran kepada MBM dan Badan Induk Gabungan Kebangsaan masing-masing sebanyak RM1 juta.

“Saya dan KBS akan meneruskan komitmen yang tidak berbelah-bahagi dalam memperkasa gerakan belia yang diterajui oleh MBM,” kata Reezal Merican.

Menurut KBS, dalam sesi dialog itu Reezal Merican membincangkan usaha dan peranan dewan tertinggi MBM yang terdiri daripada 19 badan induk Gabungan Belia Kebangsaan dalam pembangunan golongan tersebut di negara ini.

Turut menyertai dialog itu ialah Presiden MBM Jufitri Joha.

Reezal Merican turut menjelaskan senario semasa perkembangan belia di peringkat global yang terkesan akibat COVID-19 termasuk di Malaysia.

Beliau turut menekankan usaha semasa kerajaan dan KBS khususnya melalui Belanjawan 2021 yang antara lain menyentuh soal peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, peningkatan latihan dan kemahiran serta akses belia terhadap dana dan kemudahan yang disediakan kerajaan, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut Reezal Merican turut membuka keterlibatan MBM dalam merangka Model Baharu Pembangunan Belia sebagai pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia 2015-2035.

Ini bagi membolehkan Dasar Belia sedia ada diperkasa dengan agenda mutakhir yang menyentuh hala tuju negara, peluang baharu untuk belia dalam suasana ekonomi dan teknologi baharu serta pembentukan masyarakat yang dipandu oleh belia.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat