Politik langkah-melangkah, pintu belakang kepakaran Anwar – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak terlibat dengan dakwaan Langkah Dubai yang kononnya berkaitan menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Bekas Perdana Menteri itu membidas bahawa beliau sudah lama tidak ke Dubai.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang.
 
“Saya sudah lama tidak ke Dubai,” kata beliau.
 
Dr Mahathir berkata, sepanjang ingatan beliau usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri.

“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi Menteri Besar Selangor.
 
“Ada juga langkah yang bersandar kepada “𝘐 𝘩𝑎𝘷𝑒 𝑡𝘩𝑒 𝑛𝘶𝑚𝘣𝑒𝘳𝑠” dan juga langkah “𝘴𝑡𝘳𝑜𝘯𝑔, 𝘧𝑜𝘳𝑚𝘪𝑑𝘢𝑏𝘭𝑒 𝑎𝘯𝑑 𝑐𝘰𝑛𝘷𝑖𝘯𝑐𝘪𝑛𝘨 𝘮𝑎𝘫𝑜𝘳𝑖𝘵𝑦.”
 
“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih kerajaan secara backdoor,” katanya.
 
Menurut beliau, semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka,satu pengkhianatan atau akan menyebabkan kerajaan tidak stabil, merosakkan ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.
 
“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi Perdana Menteri,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat