Akhirnya Perodua setuju beli semula Bezza saya – Nagakanni

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang kerani, Nagakanni Subramaniam, 31, yang sebelum ini berdepan mimpi ngeri apabila kereta Perodua Bezza yang baru dibeli rosak selepas lapan jam memilikinya, kini boleh kembali ceria apabila syarikat pembuat kereta itu bersedia membeli kembali kereta itu.

Nagakanni berkongsi berita gembira tersebut di Facebook sebentar tadi, yang turut diraikan netizen yang lain.

“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!

“Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat refund.

“Perodua juga menawarkan untuk saya beli kereta kedua dengan kadar loan bulanan yang sama ATAU untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain.

Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” katanya.

Dalam coretan yang sama, Nagakanni turut berterima kasih kepada semua pihak yang menularkan kisahnya.

“Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.

Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya.

“Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat