PAC dedah wujud kelemahan sistematik pengurusan kewangan GLC, GLIC

KUALA LUMPUR – Penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan wujudnya kelemahan sistemik dalam pengurusan kewangan awam yang melibatkan perolehan, pelaksanaan projek, pengurusan hasil, dan prestasi syarikat milik kerajaan (GLC/GLIC).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC mengesan kelemahan-kelemahan ini bukan sekadar isu pentadbiran, tetapi mempunyai implikasi yang besar terhadap komitmen fiskal jangka panjang kerajaan dan, yang paling penting, menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan menguruskan setiap sen wang awam secara berhemah dan telus.

“PAC mendapati corak ketidakpatuhan dan ketidakcekapan yang berulang, membangkitkan kebimbangan serius mengenai risiko ketirisan, pembaziran, dan beban kewangan yang sepatutnya tidak perlu ditanggung oleh rakyat.

“PAC mengenal pasti kelemahan-keenahan sistemik yang membimbangkan dan berpotensi mencetuskan risiko fiskal besar serta menjejaskan keyakinan rakyat ,” katanya selepas membentangkan penyata Tindakan Susulan Kementerian bagi syor-syor penyata PAC Parlimen berhubung Pelaburan Domestik Khazanah.

“Selain itu , PAC Parlimen ke-15 telah mengadakan sejumlah 147 mesyuarat bagi tahun 2025. Manakala jumlah penyata yang dibentangkan adalah sebanyak 17 penyata.

“Secara keseluruhan, PAC Parlimen Malaysia mengambil perhatian yang amat serius terhadap penemuan kritikal yang dibangkitkan sepanjang prosiding dan laporan PAC pada tahun 2025,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat