Naikkan pangkat Timbalan Menteri seperti Shamsul Anuar, Ahmad Maslan jadi Menteri penuh – Armand

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah mencadangkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat melaksanakan rombakan Jemaah Menteri adalah lebih afdal sekiranya menaikkan pangkat Timbalan Menteri dan pemimpin sedia ada untuk menganggotai Kabinet.

Dalam catatan di Facebooknya pada Khamis Armand mengemukakan saran yang dianggapnya kecil namun masuk akal dan bernas.

“Pandangan saya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buat rombakan barisan menteri. Antara calon-calon terbaik baik jika nak buat reshuffle Kabinet , di mana mengambil pendekatan masih guna pakai calon yang dlm pentadbiran sedia ada tanpa nak komen nama-nama baru yang asyik float 2-3 hari ini.

“Pandangan saya calon timbalan atau pemimpin sedia ada wajar dipertimbangkan naik pangkat

“Saya rasa cadangan kecil ni masuk akal dan bernas terutama jika kerajaan mahu kestabilan, keberkesanan dan penghargaan terhadap pengalaman.

“Memilih “nama sedia ada dan terbukti” sebagai calon menteri penuh adalah pendekatan rasional dan boleh beri manfaat jangka sederhana-panjang.

“Namun, keputusan akhir mestilah mengambil kira pelbagai aspek: keseimbangan politik, corak dasar masa depan, dan keperluan semasa rakyat. Bagi saya jika nama-nama seperti yang anda sebut benar-benar telah tunjuk prestasi dan integriti mereka wajar diberi peluang,” katanya.

Armand mengemukakan nama-nama pemimpin Umno antaranya Datum Seri Shamsul Anuar Nasarah.

“Beliau pernah menyandang jawatan penuh sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli sebelum ini. Kini menjawat sebagai Timbalan Menteri dalam Negeri, pengalaman lalu memimpin kementerian memberi kelebihan kerana beliau sudah faham selok-belok pentadbiran.

“Bagi kerajaan yang mahu stabiliti dan elak perubahan drastik, pelantikan beliau kembali sebagai Menteri penuh boleh beri kesinambungan dasar dan kelancaran dalam pelaksanaan.

“Manakala Datuk Seri Ahmad Maslan Parlimen Pontian yakni ahli Parlimen dan kini Timbalan Menteri Kerja Raya.

“Ahmad mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai portfolio Kabinet dan parti ini boleh dijadikan asas untuk menangani tanggungjawab kementerian penuh jika dilantik,” saran beliau.

Nama lain yang dicadang Armand iqlaha Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan iaitu wakil dari Sabah, kini Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan.

Kata Armand, memandangkan pelancongan dan pembangunan luar bandar/luar bandar Sabah penting untuk keseimbangan nasional, pelantikan beliau sebagai Menteri penuh boleh membantu wakili kepentingan Sabah dan Borneo dalam Kabinet.

“Selain itu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad merupakan calon yang masuk akal dan wajar dipertimbangkan sebagai Menteri penuh dalam rombakan Kabinet, terutama jika kerajaan mahu fokus kepada isu tenaga kerja, perlindungan pekerja, latihan dan kebajikan pekerja kawasan di mana beliau sudah terlibat secara aktif.

“Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri dalam beberapa kementerian termasuk Timbalan Menteri Kerja Raya (2022–2023) dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (2020–2022) .

“Pengalaman merentas portfolio kepelbagain latar tugas (luar bandar, kerja raya, kini sumber manusia) membuat beliau faham pelbagai isu dasar: pembangunan luar bandar, infrastruktur, pekerjaan dan tenaga kerja. Ini boleh memudahkan jika diberi tanggungjawab besar kerana beliau sudah tahu selok-belok pentadbiran dari pelbagai sudut.

“Juga Datuk Arthur Joseph Kurup beliau adalah Timbalan Menteri di kementerian berkaitan pertanian / keterjaminan makanan — sektor penting terutama di Sabah dan luar bandar.

“Selain itu, beliau juga pemimpin parti Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ini memberi nilai politik dan representasi Sabah, sesuai dalam Kabinet berbilang kaum dan wilayah. Pelantikan beliau sebagai Menteri penuh boleh menguatkan suara Sabah dan sempadan Borneo di peringkat pusat,” cadang Armand lagi.

Beliau juga menamakan Datuk Mohamad Alamin kerana katanya, ada asas baik untuk dilantik Menteri penuh, terutama jika kerajaan mahu kuatkan representasi Sabah dan Borneo, dan mencari kepimpinan muda/berpotensi.

“Pelantikan ini wajar dilakukan diberikan keyakinan, mandat nyata dan sokongan birokrasi supaya kapasiti beliau sebagai Menteri benar-benar mampu diguna pakai dan boleh dikatakan mereka ni jenis less talk but all action and results dan saya yakin bila mereka diberikan amanah dan tanggungjawab mereka pasti akan galas sehabis baik buat rakyat.

“Pengalaman dan kelancaran. Sebagai contoh, Shamsul Anuar Nasarah pernah memegang portfolio kementerian penuh (Tenaga & Sumber Asli) sebelum ini.

“Itu bermakna beliau sudah faham selok-belok pentadbiran kementerian persekutuan ini memudahkan kelancaran tugas jika dilantik semula. Kelompok “less talk, more action”: Calon-calon yang anda sebut (termasuk mereka bukan hanya pengacah media tetapi dengan pengalaman dan latar belakang kerja dalam kementerian) mungkin lebih sesuai jika kerajaan mahu stabiliti dan keberkesanan bukan sekadar populariti.

“Menghormati “institusi sedia ada” dan kesinambungan dasar: Dengan melantik nama-nama yang pernah memegang jawatan kerajaan, kemungkinan dasar dan pelaksanaan projek tidak terganggu akibat penukaran radikal lebih kepada kesinambungan mengimbangi harapan rakyat dengan realiti pentadbiran: Publik mungkin mahu perubahan, tetapi perubahan mendadak perlu diurus bijak supaya tak kacau kestabilan kementerian atau dasar nasional,” kata Armand memberi pandangan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat