Hajiji yakin kesatuan Kabinet Perpaduan mampu bawa Sabah lebih maju

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yakin dengan kerjasama erat antara semua anggota Kabinet, kita mampu membawa Sabah ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

Menurut beliau, Kabinet Perpaduan Sabah sedia berkhidmat dan akan bekerja keras untuk negeri tercinta.

“Mesyuarat Kabinet pertama semalam menandakan permulaan kepada satu fasa baharu pentadbiran yang lebih inklusif, progresif dan berpaksikan perpaduan.

“Dengan semangat baharu ini, kita akan terus memperkukuhkan kestabilan politik yang telah dibina selama lima tahun lalu serta melancarkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 pada tahun 2026.

“Saya yakin dengan kerjasama erat antara semua anggota Kabinet, kita mampu membawa Sabah ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

Sebagai Ketua Menteri, saya akan terus menjadi Ketua Menteri untuk semua rakyat Sabah. Berkhidmat dengan adil tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama,” ikrar beliau.

Menurut Hajiji, inilah semangat perpaduan sebenar yang akan menjadi tunjang kepada sebuah Sabah yang makmur, bersatu dan terus maju.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat