Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, hari ini.

Berdasarkan maklumat di laman sosial, Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarganya pada jam 9.55 pagi pada usia 82 tahun.

Sumber berkata, jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Kuching melalui Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini.

Solat jenazah akan diadakan selepas Asar hari ini di Masjid Bahagian Kuching sebelum dikebumikan pekarangan masjid berkenaan, lapor BH.

Allahyarham memulakan kerjaya politik pada awal 1970-an dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuching Barat pada 1973 hingga 1979 dan ADUN Satok pada 1979 hingga 1981.

Beliau juga pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mulai 1976 hingga 1981.

Beliau kemudiannya memenangi kerusi Parlimen Paloh pada 1981 dan mempertahankannya sehingga 1990.

Selepas itu, beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Rajang mulai 1990 hingga 2000.

Dalam Kabinet Persekutuan, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam Kabinet pertama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1990 hingga 1999 sebelum menerajui Kementerian Pertahanan mulai 1999 hingga 2003.

Allahyarham adalah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan pernah menjadi menjadi Timbalan Presiden parti itu mulai 1988 hingga 1998.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat