PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu).

Pengumuman itu bakal dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan PKPB yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Namun, atas beberapa kekangan, ia terpaksa ditangguhkan esok.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko tahap kebolehjangkitan Covid-19 di negeri-negeri atau kawasan terlibat yang berakhir pada Ahad.

“Beberapa hari sebelum tamat tempoh PKPB, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pelaksanaan PKPB, sama ada akan ditamatkan atau disambung lagi,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin lalu.

PKPB sebelum ini diumumkan di seluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Sarawak yang bermula 9 November lalu.

Bagaimanapun PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan lebih awal iaitu pada 21 November lalu, namun, beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing, Johor masih dikenakan PKPB. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat