Satu Lokaliti Di Pahang Dikenakan PKPD Bermula 6 November – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 November sehingga 19 November 2021.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, lokaliti tersebut adalah Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 di Lipis.

Ujarnya menerusi satu kenyataan pada Khamis, keputusan itu diambil setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut mengesahkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD diumumkan pada hari ini. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat