Finas sokong pengurangan 10 peratus kadar duti hiburan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyambut baik keputusan kerajaan Selangor memberikan pengurangan kadar duti hiburan sebanyak 10 peratus bagi penganjuran aktiviti kesenian dan pementasan atas tiket artis tempatan.

Pengumuman itu dibentangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada pembentangan Belanjawan Negeri Selangor, minggu lalu. Pengurangan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 15 peratus akan mula dikuat kuasakan mulai 1 Januari 2021.

 

DATUK Seri Amirudin Shari. FOTO Faiz Anuar
DATUK Seri Amirudin Shari. FOTO Faiz Anuar

 

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya komited dalam melaksanakan fungsi utama dalam menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman melalui tiga aktiviti utama iaitu pengeluaran, pengedaran dan pemasaran filem.

Katanya, ia selaras selaku badan peneraju industri perfileman di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).

“Kami sudah menghantar surat bertarikh 2 November kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor bagi mendapatkan pencerahan berhubung inisiatif pengurangan duti hiburan, sama ada skop berkenaan turut merangkumi aktiviti pemameran seperti tayangan pawagam dan pusat karaoke.

“Saya juga sudah berhubung dengan Amirudin bagi membincangkan perihal pengurangan Duti Hiburan bagi aktiviti pemameran. Finas menyokong pengurangan duti hiburan meliputi perniagaan di bawah aktiviti pemameran yang turut menerima impak besar ekoran pandemik COVID-19,” katanya.

Zakaria berkata, Finas bersikap terbuka serta menyambut baik untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi dan agensi bagi kebaikan industri perfileman negara.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat