Ahli Parlimen perlu jalani saringan setiap 2 minggu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani saringan COVID-19 setiap dua minggu, selari usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata arahan itu disampaikan dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam.

Sehubungan itu, Azhar berkata, pentadbiran Parlimen akan mengeluarkan notis pemberitahuan dari semasa ke semasa mengenai keperluan menjalani ujian saringan terbabit.

“Jika ada kes positif dicatatkan di Parlimen, penilaian prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya akan dilakukan.

“Malah, perlu diingatkan, sebarang penularan jangkitan bakal menyebabkan bangunan Parlimen ditutup sekiranya perlu berbuat demikian,” katanya dalam pemasyhuran yang dibacakan timbalannya, Datuk Seri Azalina Othman Said, di Dewan Rakyat, hari ini.

-BERITA HARIAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat