Sifar rasuah boleh dicapai jika semua kakitangan DBKL ada kesedaran – MCW

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia Corruption Watch (MCW) menyambut baik kerjasama positif antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) bahkan diharap perlu lebih agresif bagi meningkatkan kesedaran tolak rasuah.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, sekiranya semua kakitangan DBKL ada kesedaran tolak rasuah maka sifar rasuah boleh dicapai.

“Malaysia Corruption Watch (Pemerhati Rasuah Malaysia) melihat hubungan kerjasama positif SPRM ini perlu diperkukuhkan dengan agresif bagi meningkatkan kesedaran tolak rasuah dalam kalangan semua kakitangan DBKL dan membolehkan zero rasuah tercapai.

“Rakyat akan lebih percaya atas fungsi dan peranan DBKL terus relevan demi kesejahteraan Malaysia Madani,” katanya.

Jais berkata demikian sebagai reaksi kepada kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif hari ini.

Menurut kenyataan DBKL, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kaedah-kaedah yang terbaik yang boleh diamalkan untuk mencegah daripada berlakunya salah laku yang melibatkan isu rasuah dan perkara-perkara yang tidak berintegriti.

DBKL malah mengharapkan pertemuan itu dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak yang sudah sekian lama terjalin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat