Jika umpama main poker, adakah bermaksud Umno cuba kalahkan parti lain? – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menganggap perumpamaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkait Umno dan DAP adalah pemain utama yang menguasai meja poker memandangkan kedua-kedua parti itu ada kekuatan ahli, penyokong dan jentera adalah kiasan paling jujur.

Fadhli malah mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sedang berusaha mengalahkan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya sangka dia (Nur Jazlan) akan menjawab ‘penghinaan’ DAP Johor bahawa BN umpama pesakit kencing manis. Rupa-rupanya dia bawa cerita main poker.

“Boleh jadi Datuk ini memang biasa main poker, jadi itulah kiasan yang dibawa. Dan sehina ini rupa-rupanya parti-parti dalam kerajaan pada pandangannya.

“Jika umpama main poker, ertinya Umno sedang berusaha kalahkan parti-parti lain dalam kerajaan untuk jadi juara. Boleh jadi inilah kiasan paling jujur daripada Datuk Nur Jazlan,” dakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam hantaran di Facebooknya, pada Khamis.

Fadhli bagaimanapun mengakui tidak pandai bermain poker, justeru beliau tidak pandai menjawab Nur Jazlan.

“Saya tak biasa main poker, jadi saya tak pandai nak jawab bila Datuk kata ‘Pas umpama janda expired’.

“Cuma saya biasa jaga lembu, kadang-kadang bila lembu banyak berbunyi, boleh jadi ada penyakit dalaman, berak cair, kencing tak lawas atau perut banyak gas.

“Saya tak tergamak menyambung kiasan ini, bimbang Datuk kecil hati,” ujarnya.

Terdahulu, Nur Jazlan selaku Timbalan Pengerusi Umno Johor mendakwa Umno dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan adalah pemain utama yang menguasai meja poker.

Justeru kata beliau, Amanah dan PKR kena sedar mereka tak ada kelebihan penyokong dan jentera, jadi mereka patut tak boleh duduk di meja poker.

“Lagipun, nasib bukanlah satu strategi yang boleh diharapkan dalam jangka masa panjang. Strategi benci Umno macam zaman dulu pun tak boleh dipakai sekarang kerana Umno dah jadi kawan pergantungan.

“Lepas itu kebelakangan ini, Amanah dan PKR; dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang kadangkala lebih sudu daripada kuah dalam Kerajaan Perpaduan, terutama bila tiba soal tuntutan jawatan dan kuasa di Johor.

“Ya, Johor bukan kerajaan negeri yang ditubuhkan atas persefahaman Kerajaan Perpaduan sebab ia berlaku lebih daripada kerjasama BN-PH di peringkat Persekutuan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Nur Jazlan berkata, jadi Johor tak terikat secara langsung dengan kerjasama itu sama macam Kerajaan Sarawak.

“Kalau betul PH nak berlaku adil, patutnya minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut juga dari Abang Johari supaya buatkan Kerajaan Perpaduan di Sarawak sebab GPS adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Tapi sejak kebelakangan ini, Kerajaan Negeri Johor dijadikan macam pasar borong oleh parti lain seperti Amanah yang hanya ada 1 kerusi je nak tuntut macam-macam jawatan dari Exco sampailah ketua-ketua kampung. Memang cara politik kekampungan la dibawa oleh Amanah ini.

“Tak sampai 24 jam lepas Umno menang di DUN Mahkota, parti serpihan PAS ini nampak sangat gelojoh; duduk ulang lagi nak minta jawatan itu ini sampai desak suruh buat Kerajaan Perpaduan di Johor. YB Amanah di Pulai, si Suhaizan Kayat yang saya bantu sungguh-sungguh sampai dia menang pun sekarang ini busy sangat sampai penutup longkang pun dia rasmikan.

“Saya nak cakaplah dengan bagi analogi yang senang nak faham. Dalam konteks permainan poker politik ni, hanya mereka yang benar-benar ada skil, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama. Bagi saya hanya Umno, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak “bluff,” bila nak “raise” dan bila nak ambil risiko. Dua parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu.

“Tapi parti-parti lain macam mana? Biarlah saya cakap terus terang bukan setakat dalam politik di nasional saja, politik di peringkat politik Johor pun Amanah dan PKR kurang layak duduk semeja main poker politik ni. Mereka hanya sesuai duduk depan mesin kuda atau main roulette saja, sebab mereka mengharapkan nasib baik dan kekalahan lawan sahaja dan bukan kekuatan jentera parti atau strategi.

“Kita tengoklah sendiri, setiap kali ada peluang, Amanah dan PKR datang dengan harapan besar nak tuntut lebih kerusi, nak banyak jawatan macamlah mereka tu parti dominan. Realitinya, mereka ini hanya passengers yang nak rebut seat dalam kapal terbang yang dikemudi dua pilot iaitu Umno dan DAP. Kadang-kadang tuntutan mereka buat saya tergelak, seolah-olah lupa siapa sebenarnya pemain utama dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat