JPN akan ganti dokumen pengenalan diri mangsa banjir secara percuma – KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menggantikan kehilangan atau kerosakan dokumen pengenalan diri mangsa terjejas banjir secara percuma.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru, mangsa banjir untuk terus mengunjungi kaunter JPN selepas selesai musibah banjir.

“Saya mendoakan agar rakyat Malaysia yang diduga dengan musibah banjir agar tabah dan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga.

“Bagi mereka yang kehilangan atau kerosakan dokumen pengenalan diri akibat banjir, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menggantikannya secara percuma.

“Datang sahaja ke kaunter JPN setelah banjir selesai dan Insya-Allah warga kerja JPN akan membantu,” umum Saifuddin dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Kedah.

“Inilah komitmen Kerajaan Perpaduan Madani dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira batasan politik,” ujarnya.

Ketika ini tiga negeri berdepan bencana banjir iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat