Israel sasar serang pengganti Hassan Nasrallah

- Advertisement -

BEIRUT- Kini Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serangan terbaharu ke atas Beirut dengan mensasarkan Hashem Safieddine yang merupakan calon pengganti Hassan Nasrallah.

Hashem merupakan Sepupu dan kemungkinan pengganti Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah yang dibunuh oleh Israel.

Safieddine menyertai kumpulan itu sejurus selepas ia ditubuhkan dan naik pangkat dengan cepat.

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.

Hashem disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan Israel minggu lalu.

Sehingga kini, masih belum jelas sama ada serangan yang berlaku di Beirut itu meragut nyawa Hashem, lapor Agensi.

Hashem dilahirkan pada awal 1960-an di Selatan Lubnan, merupakan salah seorang ahli terawal Hizbullah. Beliau menyertai selepas kumpulan Muslim Syiah ditubuhkan pada 1980-an, dengan bimbingan Iran, semasa perang saudara Lubnan yang panjang.

Beliau dengan cepat naik pangkat di samping Hassan dan memainkan banyak peranan dan berkhidmat sebagai pemimpin politik, rohani dan budaya, serta mengetuai aktiviti ketenteraan kumpulan itu pada satu ketika.

Safeiddine biasanya muncul dalam serban hitam, menandakan beliau sebagai ulama Syiah yang dihormati dan dikatakan sanadnya kembali kepada Nabi Muhammad.

Pada tahun 1995, beliau dinaikkan pangkat ke majlis tertinggi Hizbullah, Dewan Perundingan yang mentadbirnya, dan tidak lama kemudian dilantik sebagai ketua Majlis Jihadi kumpulan itu, yang mengawal aktiviti ketenteraan Hizbullah.

Hanya tiga tahun kemudian, pada 1998, Hashem, telah dipilih untuk mengetuai Majlis Eksekutif parti, jawatan yang juga dua kali disandang oleh Hassan, termasuk sebelum pelantikannya sebagai Setiausaha Agung Hizbullah pada 1992.

Seperti Hassan, beliau belajar di Iran dan mempunyai hubungan kuat dengan Tehran semasa pengajian agamanya di bandar Qom, Iran sebelum kembali ke Lubnan untuk bekerja untuk Hizbullah.

Beliau juga dikatakan kawan rapat Mej Jeneral Qassim Suleimani, seorang warga Iran yang memimpin Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam sehingga Amerika Syarikat membunuhnya dalam serangan udara di Baghdad pada 2020.

Pada tahun itu juga anak lelaki Hashem, Reza Hashem Safieddine, berkahwin dengan anak perempuan jeneral Iran, Zeinab Suleimani, dalam perkahwinan yang menjadi tumpuan ramai.

Perkahwinan itu dilihat oleh beberapa penganalisis dan pengkritik sebagai lambang penguasaan Iran dalam Hizbullah. Jabatan Perbendaharaan A.S. telah menyifatkan abang Hashem, Abdallah Safieddine, sebagai wakil Hizbullah ke Iran.-SUARA.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat