Zahid ‘Tak Mimpi’ PM Menghadap Agong Khamis Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak spekulasi kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis, 6 Oktober ini.

Ditanya adakah Perdana Menteri akan jumpa Agong pada Khamis, Zahid berkata, “saya tak pernah dengar dan termimpi tarikh itu”.

Secara berseloroh Zahid menyatakan, kalau boleh beliau mahu Parlimen dibubarkan semalam lagi.

Dalam pada itu, Zahid memaklumkan Umno tidak pernah menetapkan tarikh Perdana Menteri menghadap Agong.

“Itu bukan kuasa parti, kita menghormati kuasa Perdana Menteri.

“Seboleh-bolehnya semalam,” seloroh Zahid lagi.

Sementara itu, ditanya kemungkinan Agong menolak tarikh yang dinasihati Perdana Menteri, Zahid malah yakin Agong akan memberi perkenan mengikut perkiraan terbaik demi kepentingan negara.

Beliau juga menghormati pandangan parti-parti pembangkang yang membantah Umno adakan pilihan raya pada tahun ini.

“Kita menghormati pandangan itu kerana mereka tidak bersama dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak setelah mendapat mandat daripada Jemaah Menteri untuk menghadap dan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai penentuan tarikh pembubaran Parlimen, maka mereka juga harus menghormati pendirian Umno,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat