Dakwaan Dua Adun Akan Sertai PBM Hanya Provokasi – MB N.Sembilan

- Advertisement -

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan Presiden Pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin membuat kenyataan provokosi apabila mendakwa terdapat dua ADUN di Negeri Sembilan dalam proses untuk menyertai parti itu.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak tahu siapa ADUN yang dimaksudkan oleh pemimpin parti tersebut.

“Bagi saya itu provokosi. Dari dulu lagi ada provokasi begini dan kita dengar sajalah.

“Tapi saya tidak tahu siapa orangnya. Kita sedang cari tapi tak jumpa-jumpa,” katanya secara berseloroh ketika ditanya pemberita.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Ramah Mesra Usahawan Kotej Halal Negeri Sembilan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Zuraida pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PBM 2022 mengumumkan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menyertai parti itu.

“Penyertaan mereka menjadikan setakat ini ada enam ahli Parlimen dari PBM.

“Selain itu, dua lagi ADUN di Negeri Sembilan juga sedang dalam proses untuk menyertai PBM kelak,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat